Wednesday, 29 June 2016
How to mend a broken heart?...kononnya cinta.
Asaalamualaikum.
Bacalah 'aku' sebagai 'aku'. Sebab aku bosan kalau syok sendiri.
If we say 'broken heart' manusia-manusia sering kaitkan dengan cinta. Ya. Cinta. Bagi aku, istilah 'cinta monyet' sudah tidak relevan zaman sekarang. Well, zaman dah maju. Kebanyakan makhluk-makhluk ini (termasuk aku mungkin), makin berani gunakan istilah 'bercinta' iyalah bila masing-masing dah lafaz janji ikrar sumpah setia janji sehidup semati raya lima tahun lagi nak pakai baju tema apa semuanya sudah dirancang. Atau ada segelintir yang gunakan'Jangan sesekali kau bagi harapan andai kata tak berniat mahu memperisterikannya'.Maka ramai diluar sana yang kata, 'weh aku ada niatlah. Jadi tak jadi lain cerita' atau 'Kita hanya merancang you tapi Tuhan yang menentukan'atau lebih advance 'you,doakan kita ya setiap kali lepas solat' Fuh power. Maka ramailah diluar sana (dan mungkin juga aku) yang terjebak dalam 'cinta' dan akhirnya meroyan sebab patah hati. Okay.Back to main title.
Ada tips untuk rawat rasa kecewa ? Wallahi, tiada tips merawat hati kecewa kerana cinta selain kembali kepada fitrah. Aku juga pernah alami. Rasa perit pedih dan sakitnya tuh disini di dalam hatiku. Mahu meroyan di facebook, twitter mahupun instagram ataupun lebih klasik ukir namanya atas pasir depan rumah guna ranting pokok rambutan, silakan. Mahu stalked setiap satu jam laman sosialnya silalah. Fasa meroyan ini akan berlaku.Tambah-tambah lagi yang jenis kena blocked terus. Hehehe. Mahu menangis sungguh-sungguh setiap malam maka menangislah. Percayalah fasa ini akan berlaku. Malah fasa meroyan sampai tidak lalu makan hatta nak senyum pun terasa berat. Percayalah fasa ini juga akan berlaku. Patah hati kerana cinta itu tak mudah nak moving on. Tapi sebenarnya mudah saja nak moving on cuma diri sendiri je tak mahu. Kan? (mungkin termasuk aku). Ya. Aku tahu susah sebab aku pun remaja okay? *flip selendang* Bila dah patah hati tambahan pula orang tu kononnya yang sentiasa ada dengan kita waktu susah senang. Okay cliche. How to mend a broken heart ?
Fasa terakhir, fasa masuk gua. Fasa yang mungkin paling dasyat dan segelintir orang saja yang melalui fasa ni. (dan mungkin juga aku). Fasa dimana bagi aku istilah masuk gua ni, fasa yang buatkan orang yang patah hati ni nak bersendirian, tak mahu bercampur dengan orang dalam tempoh tertentu atau lebih tepat kononnya membawa diri (termasuk aku mungkin, dan bacalah 'aku' sebagai 'aku'). Dan percayalah fasa ini akan berlaku . Tahu susah. Sedangkan doktor pakar bedah pun kena berehat dalam tempoh masa tertentu selepas beliau sendiri menjalani pembedahan apatah lagi kita yang biasa-biasa ni. Dalam fasa ini mungkin golongan segelintir tadi hilang identiti sendiri dan mula lakukan kerja gila. Ya silalah. Silalah bebas melakukan apa saja dalam jangka masa bertapa dalam gua ni. ***Tertakluk kepada terma dan syarat agama Islam***
For beloved friends, jangan memaksa golongan ini untuk terus sihat. Sedangkan jari luka terhiris pisau potong bawang pun ada fasa nak sembuhkan dia inikan pula hati. Sebab sampai satu noktah dia sendiri akan rawat hati dia dan start to moving forward. InsyaAllah. Walaupun mungkin bukan senang. Mulut kata tak apa tapi masih mengingatinya. . Ambillah masa untuk bertapa. Manusia sentiasa perlukan masa. Sekurang-kurangnya hati tidaklah hancur luluh berderai bila terdengar namanya. InsyaAllah.
Wallahi, di atas cuma cadangan. Tiada tips yang paling mujarab to mend a broken heart selain kembali mengingati Ya Rabbul Izzati yang mana dulu pernah kita bahagikan cinta dengan makhluk. Kembali. Bukan hanya seketika. Tapi kembalilah. Abaikan segala relationship goals yang bersepah sebab Allah lagi cun DIA punya relationship goals bukan setakat surprise party dengan belon-belon hidrogen mahupun helium tetapi lebih. Cubalah dekati-NYA kembali, tak salah mencuba. First, mahu menangis sepuas-puasnya, mengadu kata kau sangat sayang pada si dia sampai tak boleh kalau tak ada si dia walaupun satu hari di atas tikar sejadah silalah. Luahkan rasa itu. Semuanya. Percayalah. Ada ketenangan selepas itu. Second, Rapatkan diri perlahan-lahan dengan yang Esa. Tidak perlu warak untuk rapat dengan yang Esa. Cukup hati kau benar-benar ikhlas. And kau akan dapatkan CINTA itu. Third, NO cuba-cuba yang baru sebab mahu rawat hati yang patah dua tu.(Kau sabar jap future zauj/zaujah kau tengah prepare nak kejut bangun Subuh) No more heart broken kerana cinta. Heart broken tak dapat minum bandung cincau tak apa. :) So, how to mend a broken heart? Ask yourself.
Subscribe to:
Posts (Atom)